Malay - dalam Bahasa Melayu

NOTE! This site uses cookies and similar technologies.

If you not change browser settings, you agree to it. Learn more

I understand

Mazzeschi S.r.l. merupakan sebuah syarikat yang khusus bagi membantu perbadanan multinasional dan pelabur persendirian dalam semua perkara berkenaan mendapatkan permit, visa, permit pemastautin dan secara amnya, semua amalan dan keformalan yang diperlukan untuk memulakan operasi baharu di Itali.
Syarikat kami menyediakan bantuan kepada 70 syarikat Fortune 500 apabila melibatkan pemindahan pekerja dan keluarga mereka ke Itali. Syarikat ialah rakan kongsi bagi Rangkaian Perniagaan Invitala (www.invitalia.it), sebuah entiti kerajaan yang menyediakan bantuan kepada pelabur asing.
Syarikat kami juga berusaha untuk mendapatkan sijil, dokumen yang sah di sisi undang-undang, terjemahan dan perkhidmatan penempatan semula (mencari rumah, sekolah, mendapatkan kontrak dan mengurus utiliti serta banyak lagi).
Syarikat kami mempunyai pejabat di Milan, Rome dan Florence, serta mempunyai kira-kira 15 orang pekerja, termasuk penterjemah yang berdaftar dengan mahkamah. Syarikat kami mempunyai klien dari seluruh Itali, dengan rangkaian melebihi 60 konsultan di seluruh negara bagi menemani klien dalam semua janji temu mereka.
Syarikat kami digabungkan dengan ABIL, Perikatan Peguam Imigresen Perniagaan, sebuah perikatan bagi 40 firma dalam 17 negara yang pakar dalam imigresen perniagaan (www.abil.com).
Kami menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan berikut:
- Imigresen: Bantuan dalam prosedur imigresen, pemberian kuasa, visa, permit pemastautin untuk pekerja dan keluarga mereka
- Prosedur pentadbiran: Bantuan berkenaan pendaftaran sivil, pendaftaran perkhidmatan kesihatan, mendapatkan sijil kesesuaian penginapan dan secara amnya, semua prosedur pentadbiran yang perlu dilengkapkan oleh warga asing di Itali;
- Penempatan Semula: Perkhidmatan penempatan semula, seperti mencari rumah, sekolah, mengaktifkan utiliti, membuka akaun bank, mengimport kereta
- Sijil dan pengesahan: Mendapatkan sijil, dokumen yang sah di sisi undang-undang Itali atau luar negara dan di konsulat asing di Itali.
- Kewarganegaraan: Bantuan dalam semua prosedur bagi mendapatkan kewarganegaraan Itali
- Visa untuk negara asing: Bantuan dalam mendapatkan visa untuk melancong dan bekerja di luar negara
- Amalan perniagaan: Bantuan dalam menubuhkan syarikat, cawangan dan pejabat
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di mm@mazzeschi.it – Tel. +39.0577.926921

banner 99 percent

impresa family friendly